Cari Blog Ini

Minggu, 24 Februari 2013

Al-Qur'an Sebagai Pembela di Hari Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah SAW: "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."



Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah SWT. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

1 komentar:

  1. APAKAH MAKNA TUHAN ADIL?APABILA DIBANGKIT SELURUH MAKHLUK MANUSIA DAN TERBAHAGI DUA KELOMPOK DAN ANDA BERADA DIKELOMPOK MANUSIA YANG BERDOSA KERANA SALAH DALAM KEPERCAYAAN AGAMA DAN SUDAH PASTI ANDA TERKEJUT SEDANGKAN KETIKA HIDUP DI DUNIA ANDA AMAT YAKIN DENGAN AGAMA PEGANGAN ANDA ADALAH AMAT BENAR.PERSOALANNYA ADAKAH TUHAN TERUS MENGHUKUM ANDA KE KERAKA?JIKA TUHAN BERBUAT DEMIKIAN SUDAH PASTI TUHAN TIDAK ADIL DAN AKAN MENIMBULKAN BANYAK PERSOALAN DALAM DIRI ANDA IAITU TUHAN AMAT ZALIM DAN TIDAK MENDENGAR SEDIKIT PUN LUAHAN HATI ANDA YANG HANYA BERDOSA KERANA KESILAPAN AGAMA DAN TIDAK PERNAH MELAKUKAN KEJAHATAN SESAMA MAKHLUK SELAMA HIDUP DI DUNIA DAN BANYAK LAGI.APAKAH TINDAKAN ANDA SEBAGAI MAKHLUK MANUSIA YANG ANDA ANGGAPKAN TIADA UPAYA UNTUK BERBUAT APA-APA SEDANGKAN ANDA TAHU TUHAN ITU AMAT ADIL.APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI ANDA YANG BERDOSA ?TAHUKAH ANDA TUHAN AMAT MENDENGAR SEGALA PERSOALAN DARI MAKHLUK MANUSIA YANG BERDOSA SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.JIKA ANDA APAKAH PERSOALAN YANG BAKAL ANDA BERIKAN ?SAYA AMAT YAKIN SUDAH PASTI ANDA AKAN MEMBERI PERSOALAN YANG SEPERTI MENYALAHKAN ORANG LAIN ATAS KESILAPAN ANDA SENDIRI.SAYA PERCAYA PERSOALAN INILAH YANG AMAT POPULAR IAITU.."TUHAN,HAMBA TIDAK TAHU BAHAWA SESUNGGUHNYA AGAMA PEGANGAN HAMBA INI ADALAH SALAH KERANA HAMBA TELAH TERIKUT PEGANGAN AGAMA WARISAN KELUARGA SEJAK TURUN-TEMURUN"..ADAKAH IBU BAPA ANDA SALAH?ADAKAH DATUK NENEK ANDA SALAH?..SAYA YAKIN TUHAN AKAN MENJAWAB PERSOALAN ANDA INI YANG AMAT MUDAH BAGI ANDA TETAPI AMAT SUKAR SEKALI BAGI TUHAN UNTUK MENJAWAB SOALAN TERSEBUT.CUBA ANDA FIKIRKAN JAWABAN SEBELUM SAYA MEMBERI JAWABAN YANG LOGIK KEPADA PERSOALAN TERSEBUT.JAWABANNYA ADALAH.."TAHUKAN KAMU WAHAI MAKHLUK MANUSIA YANG BERDOSA KERANA KESILAPAN KEPERCAYAAN SESUNGGUHNYA AKU SEBAGAI TUHAN YANG KAMU SEMBAH TIDAK DAPAT MENJAWAB PERSOALAN YANG KAMU BERIKAN INI SEJAK AZALI LAGI AKAN TETAPI AKU BERSEDIA DENGAN JAWABAN YANG AMAT MEMUASKAN HATI KAMU SEBAGAI MAKHLUK DAN BAGI AKU SEBAGAI TUHAN YANG ADIL AKAN MEMBERIKAN KEADILAN YANG SEPENUHNYA YANG MEMBUATKAN HATI KAMU LEBUR DAN TIDAK MEMBANTAH JAWABAN INI SEHIINGGA KAMU TERIMA DAN YAKIN ATAS KESALAHAN DIRI SENDIRI DAN RELA SERTA REDHA SEBAGAI MAKHLUK MANUSIA WALAUPUN TIDAK DIPINTA OLEHMU DIJADIKAN SEBAGAI MAKHLUK MANUSIA DAN JAWABANYA OLEH PERSOALAN KAMU INI ADALAH AKU SERTAKAN BUKTI RAKAMAN TENTANG SEORANG MAKHLUK MANUSIA YANG AKU CIPTAKAN SEPERTI KAMU YANG TIADA SEDIKIT PUN PERBEZA DARI KAMU IAITU SAMA SAHAJA YANG MEMPUNYAI OTAK SERTA AKAL FIKIRAN DAN SESUNGGUHNYA AKU TAKDIRKAN DIA DENGAN KEPERCAYAAN AGAMA SALAH SEUMPAMA AGAMA WARISAN KELUARGANYA SEJAK TURUN-TEMURUN DAN TIADA SEORANG PUN YANG MENUNJUK SERTA MENGAJAR DIRINYA TENTANG KESALAHAN AGAMA PEGANGANNYA TETAPI SUATU KETIKA DIA DAPAT MENELITI AGAMA ANUTANNYA ADALAH SALAH DENGAN MENGGUNAKAN OTAK SERTA AKAL DAN CUBA MEMBETULKANNYA DENGAN DIRI SENDIRI DAN INILAH JAWABAN YANG DAPAT AKU BERIKAN KEPADA KAMU"..APAKAH JAWABAN TERBAIK YANG DAPAT ANDA BERIKAN ATAS WARASAN ANDA?CUBA KITA BERKONGSI IDEA UNTUK MENGESAKAN TUHAN..SEKIAN TERIMA KASIH
    Show less
    REPLY



    BalasHapus